Terier Manchester
Terier Manchester dengan gaya pertunjukan | ||||||||
| Negara asal | England | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||||
| Anjing (Canis lupus familiaris) | ||||||||
Terier Manchester ialah satu baka anjing daripada jenis terier berbulu licin. Ia pertama kali dibiakbakakan pada abad ke-19 untuk mengawal haiwan perosak, khususnya tikus, yang terhadapnya ia cemerlang. Ia sungguh cekap dalam tugasnya sehingga ia kerap muncul di dalam serling umpan tikus sehingga sukan itu, yang pengharamannya telah berkuat kuasa di United Kingdom sejak tahun 1835, akhirnya lenyap pada permulaan abad ke-20.
Baka ini pada umumnya sihat, walaupun anjing dapat terjejas akibat kecelaruan genetik boleh waris. Penurunan mendadak dari segi anggka terier Manchester berdaftar ikutan Perang Dunia Kedua telah menyebabkan pengkategoriannya oleh The Kennel Club sebagai baka asli rentan, iaitu dalam bahaya kepupusan.