Terier Jack Russell
| Negara asal | United Kingdom | ||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
| Anjing (Canis lupus familiaris) | |||||||||||||||||||||
Terier Jack Russell ialah satu baka terier kecil British. Ia terutamanya bertubuh putih dan berlapis bulu lembut, kasar, atau putus-putus dan dapat mempunyai sebarang warna.
Ia diterbitkan daripada anjing yang dibiakbakakan dan digunakan untuk pemburuan rubah di North Devon pada awal abad kesembilan belas oleh seorang parson desa, Jack Russell – yang sempena beliau baka ini dinamai – dan mempunyai asal usul serupa dengan terier rubah moden. Walau hampir-hampir serupa, ia merupakan baka tersendiri dan berbeza daripada terier Parson Russell.
Terier Jack Russell ialah baka bertenaga yang bergantung pada tahap senaman dan rangsangan tinggi. Ia telah melalui beberapa perubahan selama bertahun-tahun selari dengan kegunaan dan piawaian baka berlainan yang ditetapkan oleh kelab kenel. Pengiktirafan oleh kelab-kelab kenel untuk terier Jack Russell telah ditentang oleh persatuan-persatuan induk baka – yang menghasilkan pembiakbakaan dan pengiktirafan terier "Parson Russell". Terier Jack Russell telah muncul berkali-kali dalam filem, televisyen, dan cetakan – dengan beberapa ekor anjing terkenal.