Terachi
Terachi | |
|---|---|
Lokasi Luak Terachi di Negeri Sembilan | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Negeri Sembilan |
| Institusi adat | Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan |
| Pentadbiran | |
| • Penghulu Luak Terachi | Mohamad Nasir Nordin |
Terachi (sebutan dalam loghat tempatan: Toghachi, Jawi: تراچي) adalah sebuah pekan di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, terletak di sepanjang jalan utama dari bandar Kuala Pilah ke Seremban.
Terachi juga merupakan salah satu daripada Luak Tanah Mengandung, iaitu luak-luak yang mengelilingi wilayah diraja Seri Menanti dan bernaung di bawah Yamtuan Besar.