Tentera Udara Diraja New Zealand

Royal New Zealand Air Force
Te Tauaarangi o Aotearoa
Fail:RNZAF Crest.svg
Royal New Zealand Air Force crest
Ditubuhkan pada1913 (penerbangan ketenteraan pertama)
1923 (Pembentukan New Zealand Permanent Air Force)
1 April 1937 (Pentadbiran sendiri)
Negara
JenisTentera udara
PerananKawalan maritim, pengangkutan udara
SaizSedia ada: 2,885
  • 2,603 anggota sepenuh masa
  • 282 anggota simpanan
  • 270 anggota awam
  • 51 buah pesawat
Sebahagian daripadaPasukan Pertahanan New Zealand
PangkalanWellington
MotoLatin: Per Ardua ad Astra
"Mengharungi Rintangan Sampai ke Bintang"
Peringatan1 April 1937 (ditubuhkan)
PertempuranPerang Dunia Kedua
Berlin Airlift
Darurat Tanah Melayu
Konfrontasi Indonesia-Malaysia
Perang Korea
Perang Vietnam
Perang Iran–Iraq
Sinai
Perang Teluk
Somalia
Rwanda
Timor Leste
Bougainville Campaign
Kepulauan Solomon
Operasi Enduring Freedom
Laman webairforce.mil.nz
Komander
Penglima TertinggiDame Patsy Reddy sebagai Gabenor Jeneral New Zealand
Ketua Pasukan PertahananMarsyal Udara Kevin Short
Ketua Tentera UdaraNaib Marsyal Udara Andrew Clark
Deputy Chief of Air ForceKomodor Udara Mark Brunton
Tanda kebesaran
Logo
Ensign
Roundels
Fin flash
Pesawat udara
HelikopterNHIndustries NH90, AgustaWestland A109LUH, Kaman SH-2G(I) Super Seasprite
PerondaLockheed P-3 Orion
PelatihBeechcraft T-6 Texan II, AgustaWestland A109LUH.
PengangkutLockheed C-130 Hercules, Boeing 757, Beechcraft Super King Air

Tentera Udara Diraja New Zealand (bahasa Inggeris: Royal New Zealand Air Force, RNZAF; bahasa Māori: Te Tauaarangi o Aotearoa - "Wira Langit New Zealand", sebelumnya ini Te Hokowhitu o Kahurangi - "Puak Perang [Langit] Biru") merupakan bahagian tentera udara Pasukan Pertahanan New Zealand. Ia dibentuk daripada cawangan Tentera Udara Diraja British di New Zealand lalu menjadi suatu pasukan bebas pada tahun 1923, namun banyak anggota RNZAF yang turut berkhidmat dalam RAF akhir tahun 1940-an. Pasukan ini pernah terlibat dalam Perang Dunia Kedua, Darurat Tanah Melayu, Perang Korea, Perang Vietnam dan Perang Teluk serta pelbagai misi pengamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Keupayaan Tentera Udara Diraja ini kini dikurangkan secara ketara kepada penggunaan sebanyak 51 buah pesawat yang digunakan pada tahun 2016 bagi menumpukan kepada pengawasan kelautan serta pengangkutan bekalan bagi Tentera Laut Diraja New Zealand dan Tentera Darat New Zealand.