Tentera Laut Perancis

Tentera Laut Perancis
Marine nationale
Logo Tentera Laut Perancis sejak tahun 2021
Ditubuhkan pada1626 (1626)
Negara Perancis
JenisTentera laut
PerananPeperangan laut
Saiz37,000 anggota (2021) dan 7,000 orang awam (2021)
180 buah kapal
178 buah pesawat
  • FAN
  • FSM
  • AVIA
  • FORFUSCO
  • Marins Pompiers
  • Gendarmerie Maritim
  • Service de soutien de la Flotte
PangkalanUtama: Brest, Île Longue, Toulon
Sekunder: Cherbourg, Lorient
Wilayah luar negara Perancis: Fort de France, Degrad des Cannes, Port des Galets, Dzaoudzi, Nouméa, Papeete
Luar negara: Dakar, Djibouti, Abu Dhabi
Nama samaranLa Royale
MotoHonneur, patrie, valeur, discipline
("Honour, homeland, valour, discipline")
WarnaBiru, putih, merah
KapalArmada terkini
Pertempuran
Lihat senarai
Laman webdefense.gouv.fr/marine
Komander
Panglima Angkatan TenteraPresiden Emmanuel Macron
Chef d'État-Major de la Marine, CEMMLaksamana Nicolas Vaujour
Major Général de la MarineTimbalan Laksamana d'escadre Stanislas Gourlez de la Motte
Tanda kebesaran
LambangPangkat dalam Tentera Laut Perancis
Lambang tentera laut
Pesawat udara
PenyerangRafale M
Peperangan
elektronik
Hawkeye
PejuangRafale M
HelikopterNH90, Eurocopter Lynx, Panther, Dauphin
PerondaAtlantique 2, Falcon 50, Falcon 200
PelatihMudry CAP 10, MS-88 Rallye, Falcon 10, Xingu
Command structure of Marine nationale
Parent unit Armées françaises (Angkatan Tentera Perancis)
Components * Force d'action navale
  • Forces sous-marines (FOST, ESNA)
  • Aviation navale
  • FORFUSCO (Commandos Marine dan Fusiliers marins)
  • Gendarmerie Maritim
  • Bataillon des marins pompiers de Marseille
  • Commissariat
  • Service de soutien de la flotte
  • Service hydrographique et océanographique de la marine
  • Service de l'aéronautique navale

Tentera Laut Perancis (Perancis: Marine nationale, "marin nasional"), gelaran tidak rasmi [La Royale] Error: {{Lang}}: text has italic markup (help), adalah pasukan maritim dalam Angkatan Tentera Perancis. Sejarahnya boleh dijejak sehingga tahun 1624, ia merupakan salah sebuah angkatan tentera laut tertua dunia dan mengikut sejarah memainkan peranan penting dalam membentuk Empayar koloni Perancis. Seawal penubuhan lagi, peranannya telah ditakrifkan sebagai mengekalkan kecerdasan, melindungi penduduk, mencegah krisis, mencelah bilamana perlu bagi membina semula keamanan, dan menyuarakan sebarang ancaman terhadap kepentingan utama Perancis. Marine nationale merangkumi empat cawangan, iaitu Force d'Action Navale, Forces Sous-marines, Aeronavale dan Fusiliers Marins (termasuk Commandos de Marine). Selaku tentera laut lepas Marine nationale mengendalikan pelbagai kapal tempur, termasuk sebuah kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear (Charles de Gaulle), 6 buah kapal selam nuklear, 4 buah Kapal selam peluru berpandu balistik, kapal-kapal frigat, bot-bot peronda dan kapal-kapal sokongan. Tentera Laut Perancis tidak menggunakan imbuhan awalan bagi menamakan kapal-kapalnya (sebagai contoh, HMS atau KD). Wartawan asing kadangkala menggunakan imbuhan "FS" (bagi "French Ship") atau FNS (bagi "French Navy Ship"); bagaimanapun ini tidak rasmi.

Menjelang Jun 2014, Tentera Laut Perancis mempunyai sejumlah 36,776 anggota tetap. Elemen simpanan Tentera Laut Perancis mengandungi 4,827 anggota dari Rizab Operasi.

Cogan kata Tentera Laut Perancis ialah Honneur, Patrie, Valeur, Discipline ("Maruah, Tanah air, Berani, Disiplin"). Moto ini boleh ditemui di geladak setiap kapal Tentera Laut Perancis. Ketua Turus Tentera Laut Perancis (chef d'état-major de la Marine, akronim CEMM) yang terkini ialah Amiral Bernard Rogel.