Dassault Rafale

Dassault Rafale
Pesawat Rafale M Tentera Laut Perancis melakukan touch-and-go di atas dek kapal pengangkut pesawat USS John C. Stennis (CVN-74).
Peranan Pesawat Tempur Pelbagai Peranan
Pengeluar Dassault Aviation
Penerbangan sulung 4 Julai 1986
Diperkenalkan 18 Mei 2001
Status Dalam pengeluaran
Pengguna utama  Tentera Udara Perancis
Tentera Laut Perancis
Tentera Udara India
Tentera Udara Qatar
Jumlah dibina Hampir 240 buah setakat 2022
Kos seunit Rafale C: EU€51.8 juta (RM 224 juta) (2006)
Rafale M: EU€56.6 juta (RM 245 juta) (2006)

Dassault Rafale (Bahasa Melayu : "Badai") adalah pesawat pejuang pelbagai peranan (MRCA) mempunyai sayap delta, berenjin kembar dan lincah. Ia direka dan dibina oleh Dassault Aviation, Perancis. Pesawat Rafale dikeluarkan untuk operasi di darat oleh Tentera Udara Perancis dan untuk kegunaan Tentera Laut Perancis di atas kapal pengangkut pesawat. Pesawat ini juga dikeluarkan untuk pasaran eksport. Walaupun beberapa buah negara dikatakan berminat untuk memiliki pesawat Rafale, tiada pembelian rasmi telah dibuat sehingga kini.