Dekad
Dekad (bahasa Inggeris: decade, juga dekade Ind.) atau dasawarsa merupakan tempoh masa sepuluh tahun.
Perkataan "dekad" dan "dekade" masing-masing dari bahasa Inggeris dan Belanda seakar dari Bahasa Yunani Kuno: δεκάς, dekas yang bermaksud sepuluh serangkai melalui Bahasa Perancis Lama. "Dasawarsa" pula berasal dari bahasa Sanskrit दश dasa "sepuluh" dan वर्ष varṣa "tahun" melalui bahasa Jawa. Dekad boleh digunakan untuk menyifatkan mana-mana tempoh sepuluh tahun, seperti tempoh sepuluh tahun kehidupan seseorang, atau merujuk kepada pengelompokan tertentu tahun-tahun sesebuah takwim.