Tengku Mahmood Mahyideen

Tengku Mahmood Mahyideen
تڠكو محمود مهيدين
Tengku Mahmood Mahyideen berpakaian rasmi Force 136.
Pengasas dan Pengurusi GEMPAR
Dalam jawatan
1948–1953
Maklumat peribadi
Lahir(1908-10-28)28 Oktober 1908
Patani, Siam (kini Thailand)
Meninggal dunia12 Februari 1954(1954-02-12) (umur 45)
Pantai Cinta Berahi, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu
Tempat semadiMakam Diraja Langgar, Kota Bharu
Anugerah awamOrder of the British Empire (MBE),
Darjah Dato' Paduka Mahkota Kelantan (Al-Muhammadi II) (DPMK)
Nama panggilan'Harimau Malaya'
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan United Kingdom
Allied forces
Cabang/khidmatSpecial Operation Executive (SOE)
Tahun khidmat1939–1945
PangkatMajor
UnitForce 136
Perang/PertempuranOperation Zipper
Operation Oatmeal
Operation Gustavus
Operation Hebrides

Tengku Mahmood Mahyideen Bin Tengku Abdul Kadir Kamaruddin (Jawi: تڠكو محمود مهيدين بن تڠكو عبدالقادر قمرالدين ; 28 Oktober 1908 – 12 Februari 1954) juga dikenali sebagai Harimau Malaya merupakan pihak pemimpin pasukan Force 136 berpangkat Major semasa Perang Dunia Kedua. Beliau juga merupakan anak kedua Sultan Tengku Abdul Kadir Kamaruddin, Raja Patani terakhir. Beliau juga adalah ahli Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu dan Pengasas dan Pengurusi parti Gabungan Melayu Patani raya (GEMPAR).