Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail


Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail

PMN (Malaysia); SSAP (Pahang); SPMP (Perlis); PMK (Kelantan)
Kelahiran(1928-01-24)24 Januari 1928
Meninggal dunia29 April 2022(2022-04-29) (umur 94)
Kuala Lumpur, Malaysia
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur
WarganegaraMalaysia
Pusat pendidikanUniversiti Nottingham
Pejabat Menteri Perdagangan dan Industri
PendahuluMahathir Mohamad
PenggantiTengku Razaleigh Hamzah
Parti politikUMNO
IbuAlmarhumah Tengku Hajjah Zubaidah binti Almarhum Tengku Haji Abdul Kadir Kamaruddin Shah
BapaAlmarhum Tengku Mek Haji Ismail bin Almarhum Tengku Sulang Haji Abdul Putra
Hubungan

Tan Sri Dato' Sri Tengku Ahmad Rithauddeen bin Tengku Haji Ismail (24 Januari 1928 – 29 April 2022) ialah seorang ahli politik Malaysia berketurunan Melayu yang pernah memegang jawatan pengerusi Lembaga Disiplin UMNO. Beliau pernah memegang jawatan Menteri Pertahanan dan Menteri Luar Negeri. Beliau merupakan Ahli Parlimen Kota Bharu selama lima penggal sebelum tewas pada Pilihan Raya Umum 1990 kepada calon Semangat 46. Beliau merupakan kerabat diraja Kelantan dan cucu kepada Sultan Patani terakhir, Sultan Abdul Kadir Kamarudin Syah. Setelah diturunkan takhta oleh Siam, Sultan Patani dibuang negeri ke Kelantan dan berkahwin dengan Tengku Kembang Petri Binti Sultan Ahmad.