Telur padi

Telur padi
Telur padi yang dibelah buka
Nama alternatiftelur padi, telur peram, telur (se)abad, telur bitan, telur hitam, telur pindang Cina
JenisMakanan, hidangan 
Tempat asalChina
Bahan utamaTelur diawet dalam tanah liat, abu kayu, garam, kapur, sekam padi
Bahan yang biasa digunakanTelur 
Keragaman/variasitelur itik, ayam atau puyuh
sunting · sunting di Wikidata
Telur padi
Nama Bahasa Cina
Bahasa Cina皮蛋
Maksud harfiah"telur kulit"
Alternative Chinese name
Bahasa Cina松花蛋
Maksud harfiahtelur corak pain
Vietnamese name
Vietnamesetrứng bách thảo
Thai name
Thaiไข่เยี่ยวม้า
[kʰàj jîa̯w máː]
RTGSkhai yiao ma
Nama Jepun
Kanaピータン

Telur padi, telur pindang Cina atau telur hitam (Cina ringkas: 皮蛋pinyin: pídàn) ialah bahan makanan masyarakat Cina dibuat hasil pengawetan telur itik, ayam atau puyuh dalam campuran tanah liat, abu, garam, kapur dan sekam padi yang dieram selama beberapa minggu hingga beberapa bulan. Proses itu mengubah sifat dan rupa isi telur di mana kuningnya menggelap menjadi hijau tua dan kelabu manakala putihnya memerang gelap dengan rasa amat kuat.

Telur ini dapat dimakan tanpa perlu dimasak lanjut setelah dikupas dan dibilasnya sama ada begitu sahaja atau dijadikan hidangan sampingan.