Telur pindang

Telur pindang (Jawi: تلور ڤيندڠ) adalah makanan tradisi Melayu Johor yang terhasil dari perebusan telur dengan sebatian rempah bersama 7 jenis daun yang boleh didapatkan dalam persekitaran tropika. Pembuatan telur pindang memakan masa selama 3 hingga 4 hari bagi mendapatkan warna, aroma dan rasa yang khas. Dulu kala, telur pindang biasa dijadikan hadiah kepada hadirin di majlis kenduri kahwin, namun hari ini, telur pindang Midah di dapati di mana-mana pada bila-bila masa setelah ia dikomersilkan dan dijual di pasar dan kedai makan terutama di Johor.