Teleskop Angkasa James Webb

Teleskop Angkasa James Webb
Gambaran teleskop angkasa yang dilancarkan penuh.
Jenis misiAstronomi
PengoperasiSTScI (NASA)
COSPAR ID2021-130A
SATCAT №50463
Tapak webjwst.nasa.gov
Jangka masa misi
  • 20 tahun (dijangka)
  • 10 years (dirancang)
  • 5½ years (misi utama)
  • 3 tahun, 9 bulan, 17 hari (hingga kini)
Ciri kapal angkasa lepas
Pembuat
Berat berlepas6,161.4 kg (13,584 lb)
Dimensi20.197 m × 14.162 m (66.26 ka × 46.46 ka), pelindung matahari
Kuasa2 kW
Permulaan misi
Tarikh pelancaran25 Disember 2021 (2021-12-25), 12:20 UTC
RoketAriane 5 ECA (VA256)
Tapak pelancaranPusat Angkasa Guiana, ELA-3
KontraktorArianespace
Servis kemasukanFebruari 2022
Parameter orbit
Sistem rujukanOrbit L2 Matahari-Bumi
RejimOrbit halo
Periapsis250,000 km (160,000 bt)
Apoapsis832,000 km (517,000 bt)
Tempoh6 bulan
Teleskop utama
JenisTeleskop Korsch
Diameter6.5 m (21 ka)
Jarak fokus131.4 m (431 ka)
Kawasan pengumpulan25.4 m2 (273 ka2)
Panjang gelombang0.6–28.3 μm (oren ke separuh inframerah)
Transponder
Jalur
  • Jalur S, telemetri, penjejakan dan kawalan
  • Jalur Ka, pemerolehan data
Lebar jalur
  • Jalur S atasan: 16 kbit/s
  • Jalur S bawahan: 40 kbit/s
  • Jalur Ka bawahan: sehingga 28 Mbit/s

Lambang misi Teleskop Angkasa James Webb

Teleskop Angkasa James Webb (James Webb Space Telescope, JWST) adalah balai cerap inframerah yang bertujuan menggantikan dan menjadi pembaikan bermakna kepada Teleskop Angkasa Hubble. JWST merupakan perkongsian di antara NASA, Agensi Angkasa Eropah dan Agensi Angkasa Lepas Kanada. Alat ini pada awalnya dipanggil Teleskop Angkasa Generasi Baru (Next Generation Space Telescope atau NGST), tetapi kemudiannya telah dinamakan semula pada 2002 sempena pengarah kedua NASA iaitu James E. Webb.

Pembangunan bermula pada 1996 dengan pelancaran dijangka pada 2007 dengan bajet sebanyak US$500 juta. Namun begitu, teradapt banyak penundaan dan kos berlebihan, termasuk sebuah rekaan semula pada 2005, kerosakan pelindung matahari ketika pelancaran latihan, usul daripada badan semakan bebas, kebimbangan pembatalan projek oleh Kongres Amerika, pandemik COVID-19, masalah dengan roket Ariane 5 dan teleskop itu sendiri serta ralat komunikasi antra teleskop dengan kenderaan pelancar. Sifat pelancaran yang berisiko tinggi serta kecanggihan teleskop dikagumi media serta diambil perhatian para ahli sains dan jurutera. Pembinaan teleksop siap pada lewat 2016 diikuti bertahun-tahun pengujian menyeluruh. JWST dilancarkan pada 25 Disember 2021 dengan roket ESA Ariane 5 dari Kourou, Guiana Perancis.

Cermin utama (primer) JWST terdiri daripada 18 kepingan cermin heksagon individu yang diperbuat daripada berilium ringan. Cermin ini hampir tiga kali ukuran cermin Hubble, dengan pengumpul cahayanya tujuh kali lebih besar dari Hubble. Walau bagaimanapun, cermin JWST hampir sama jisimnya dengan cermin Hubble oleh kerana bahan yang lebih ringan digunakan. Resolusi sudut dari JWST adalah sangat tajam dan tepat, dengan ketepatan resolusi setepat 0.1 saat arka.

Sisi bawah pelindung JWST akan selalu menghadap Matahari, dengan suhunya mencapai 85 °C. Sementara di sisi lain, yang merupakan tempat cermin dan instrumen saintifik akan memiliki suhu sangat dingin, yakni sekitar 50 K (-233 °C).

Rekaan asal teleskop, dahulunya bernama Next Generation Space Telescope, bermula sejak 1996. Dua kajian konsep diusul pada 1999, dengan rancangan pelancaran pada 2007 dan belanjawan sebanyak AS$1 bilion. Namun begitu, projek ini terhambat dengan pelbagai perbelanjaan berlebihan serta penundaan; sebuah rekaan semula besar dilakukan 2005, dengan pembinaan siap pada 2016 dengan kos AS$10 bilion.