Pusat Angkasa Guiana

Pusat Angkasa Guiana
Centre spatial guyanais

Panorama Pusat Angkasa Guiana
Intisari agensi
Dibentuk14 April 1964 (1964-04-14)
Bidang kuasa
Pemerintah Perancis
Ibu pejabatKourou, Guiana Perancis, Perancis
Kakitangan1,525 (langsung, 2011)
7,500 (tak langsung, 2011)
Eksekutif agensi
  • Didier Faivre, pengarah
Agensi induk
ESA/EUSPA/CNES
Laman sesawang
www.cnes-csg.fr
Peta
Peta Pusat Angkasa Guiana
Peta terperinci

Pusat Angkasa Guiana (Perancis: Centre spatial guyanais; CSG), juga dikenali sebagai Pelabuhan Angkasa Eropah, ialah sebuah pelabuhan angkasa milik Eropah di barat laut Kourou di Guiana Perancis, wilayah seberang laut Perancis di Amerika Selatan. Kourou terletak kira-kira 310 bt (500 km) di utara khatulistiwa, pada latitud 5°. Beroperasi sejak 1968, ia sesuai dijadikan lokasi pelabuhan angkasa, kerana kedudukannya yang terletak di khatulistiwa serta laut terbuka di sebelah timur.

Agensi Angkasa Eropah (ESA), Agensi Angkasa Lepas Kesatuan Eropah (EUSPA), agensi angkasa Perancis, CNES (Pusat Kajian Angkasa Lepas Kebangsaan), dan syarikat komersial Arianespace serta Azercosmos menjalankan pelancaran dari Kourou. Ia digunakan oleh ESA untuk menghantar bekalan ke Stesen Angkasa Antarabangsa.