Team Lotus (2010–11)

Lotus
Nama penuhTeam Lotus (2011)
Lotus Racing (2010)
PangkalanHingham, Norfolk, United Kingdom
Kakitangan terbaikRiad Asmat
Tony Fernandes
Mike Gascoyne
Kamarudin Meranun
SM Nasarudin
Keith Saunt
Mia Sharizman
Pemandu terbaik Heikki Kovalainen
Jarno Trulli
Karun Chandhok
Nama seterusnyaCaterham F1 Team
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Perlumbaan pertamaGrand Prix Bahrain 2010
Perlumbaan38
Kejuaraan
Pengeluar
0
Kejuaraan
Pemandu
0
Kemenangan perlumbaan0
Podium0
Petak pertama0
Pusingan terpantas0
Perlumbaan terakhirGrand Prix Brazil 2011

Lotus Racing (kemudiannya dinamakan sebagai Team Lotus) merupakan nama yang diberikan kepada pasukan milikan penuh Malaysia dalam Formula Satu, yang berpangkalan di United Kingdom, pada musim 2011. Pasukan ini dinamakan sebagai Lotus Racing pada tahun 2010, dan menggunakan nama syarikat 1Malaysia Racing Team.

Pasukan ini ditubuhkan oleh beberapa ahli perniagaan Malaysia, yang diketuai oleh Tony Fernandes, dengan menggunakan lesen daripada pemilik Proton, Lotus Cars, untuk menggunakan nama Lotus dalam Formula Satu. Pasukan ini memasuki Formula Satu selepas pengunduran pasukan BMW pada tahun 2009. Selepas lesen tersebut ditamatkan, pasukan ini menggunakan nama Team Lotus untuk musim 2011.

Caterham Group ditubuhkan selepas Fernandes membeli pengilang kereta British, Caterham Cars. Walaupun Team Lotus telah menjadi sebahagian daripada kumpulan itu, mereka terus bersaing di bawah nama Lotus untuk musim 2011. Nama pasukan ini ditukar kepada "Caterham F1 Team" pada akhir tahun 2011, dan akan bersaing di bawah jenama Caterham bersama-sama dengan pasukan GP2 Series, Caterham Racing GP2 Team.