Tony Fernandes

Tony Fernandes
PSM (Malaysia); SSAP (Pahang); SPMP (Perak);
DSAP (Pahang); DPTJ (Negeri Sembilan); CBE (United Kingdom)
Fernandes di acara Air Asia
Ahli Majlis Pemulihan Negara
Menyandang jawatan
21 Julai 2021
PengerusiTan Sri Muhyiddin Yassin
Maklumat peribadi
Lahir
Anthony Francis Fernandes

(1964-04-30) 30 April 1964
Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politik
PasanganDeborah Lee Bergstrom (berpisah)
Puan Sri Datin Sri Chloe Kim
KediamanKuala Lumpur, Malaysia
PendidikanKolej Epsom dan Sekolah Alice Smith
Tempat belajarLondon School of Economics
PekerjaanKetua Pegawai Eksekutif Kumpulan
Pengarah AirAsia Berhad dan Pengasas Tune Group Sdn Bhd
Pengerusi Queens Park Rangers
Nilai bersih AS$335 Juta (2020)

Tan Sri Dato' Sri Dr. Anthony Francis Fernandes (lahir 30 April 1964) ialah seorang usahawan Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya, "kini sesiapapun boleh terbang". Fernandes mencapai kemasyhuran sewaktu beliau memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan yang sakit kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang. Fernandes juga dikenali untuk peranannya dalam pencapaian Persetujuan-persetujuan Langit Terbuka dengan negara Thailand, Indonesia dan Singapura, apabila dia meminta bekas Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad berbuat demikian pada pertengahan tahun 2003. Atas permintaan tersebut, negara-negara tersebut telah bersetuju memberi hak pendaratan kepada AirAsia dan syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.