Tapai

Tapai
تاڤاي
Tapai pulut di Malaysia
Nama alternatifPeuyeum
JenisSnek 
Tempat asalIndonesia 
Kawasan/rantauAsia Selatan, Asia Timur, Asia Tenggara
Bahan utamaKebanyakannya nasi putih, pulut
Bahan yang biasa digunakanCassava root, fermentation starter 
sunting · sunting di Wikidata

Tapai (Jawi: تاڤاي, juga disebut tapay atau tape) ialah sejenis penganan dan makanan tradisional yang berasaskan beras atau makanan berkanji. Tapai terdapat di seluruh Asia Tenggara dan sebahagian Asia Timur, terutamanya dalam budaya Austronesia. Ia mempunyai rasa manis atau masam. Tapai dibuat secara tradisional dengan beras putih atau pulut, tetapi juga boleh dibuat dari pelbagai sumber karbohidrat, termasuk ubi kayu dan kentang. Penapaian dilakukan oleh pelbagai kulat termasuk Aspergillus oryzae, Rhizopus oryzae, Amylomyces rouxii atau spesies Mukor, dan ragi termasuk Saccharomyces cerevisiae, dan Saccharomycopsis fibuliger, Endomycopsis burtonii dan lain-lain, bersama dengan bakteria.