Tanjung Lumpur

Pekan Tanjung Lumpur
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Pahang
DaerahDaerah Kuantan
MukimPekan Tanjung Lumpur
KeluasanN/A

Tanjung Lumpur merupakan sebuah perkampungan nelayan tradisional yang terletak berhampiran Sungai Kuantan di kuantan Pahang, Malaysia. Tanjung Lumpur sebenarnya adalah salah satu daripada kampung-kampung yang terawal dibuka oleh Orang Melayu di Kuantan. Ia terletak di daerah Kuantan kira-kira 2 kilometer tidak jauh dari bandar Kuantan. Tanjung Lumpur dan Kuantan terbahagi oleh Sungai Kuantan di pertengahannya dan disambungkan oleh sebuah jambatan (Jalan Abu Bakar) 183.

Jambatan baharu merentasi Sungai Kuantan menghubungkan bandar Kuantan Ke Bandar Putra, Tanjung Lumpur yang kini dikenali sebagai Jambatan Putra, telah dibuka secara rasmi pada 21 Februari 2021.