Beserah
3°52′N 103°22′E / 3.867°N 103.367°E Beserah ialah sebuah mukim dan bandar pantai yang terletak di daerah Kuantan, Pahang, Malaysia.
Mukim Beserah merupakan sebuah kampung yang kedudukannya di antara Bukit Beserah hingga ke Bukit batu Hitam. Keluasan kawasan jika diukur dari laut hingga ke Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan termasuk dalam mukim tersebut.
Pada awalnya Mukim Beserah terdiri dari beberapa kampung tradisi antaranya: kampung Pantai, kampung Pelindung, kampung Rumbia, kampung Chetty, kampung Bugis, kampung Darat Sekolah, kampung Jeram, kampung Alor Tuan Haji, kampung Jambu, kampung Kubur, kampung Tuan, kampung Masjid, kampung Pasir Garam, kampung Baru, kampung Alor Ladang, kampung Bahagia, kampung Pantai Batu Hitam, kampung Padang To’Cha dan kampung Bukit Batu Hitam. Penambahan populasi telah mewujudkan peenempatan tersusun antara yang terawal adalah RumahMurah dan Taman Beserah. Dan Kini estet perumahan tumbuh bagai cendawan terutamanya di kawasan Kg Pelindung.
Di kawasan tanah kebun pula terdapat juga kawasan-kawasan yang dikenali seperti: Lubuk Durian, Luk, Padang Gale, Bukit Jeram, Alor Sagu, Alor Kesom, Ayer Jernih, Bijih, Cangkul, Senggeng, Kubang Badak, Telaga Dalam, Bukit Gelugor, Pasir.