Tangkai daun

Dalam botani, tangkai daun mencantumkan sehelai daun pada batang dahan pokok. Tangkai daun boleh pendek ataupun panjang seperti tangkai daun saderi dan rubarb. Tangkai-tangkai ini mampu memusingkan daun-daun tumbuhan agar menghadap sinaran cahaya matahari, dedaun banyak spesies tumbuhan disusun tangkai-tangkainya dalam pelbagai bentuk.

Bahagian yang tumbuh dari setiap sisi tangkai daun pada sesetengah spesies disebut stipul. Daun yang tidak bertangkai adalah sesil atau "apetiolat". Contohnya, spesies-spesies keluarga Orobanchaceae dan ada spesies genus Veronica.