Rubarb
| Rubarb Rawand | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| Genus: | Rheum
|
| Spesies: | rhabarbarum
|
| Nama binomial | |
| Rheum rhabarbarum | |
Rubarb (Jawi: روبارب) atau rawand (Jawi: راوند; Rheum rhabarbarum) adalah spesies tumbuhan saka dalam keluarga Polygonaceae serumpun dengan kelembak (bahkan juga dinamakan sedemikian) dalam genus Rheum yang sama. Ia tumbuh daripada rizom yang pendek dan tebal. Daun-daunnya yang besar beracun tetapi batang-batangnya yang berisi boleh dimakan. Bunga-bunga kecilnya yang berwarna putih kehijauan atau merah mawar dikumpulkan dalam jambangan besar.