Saderi

Saderi
Seladeri
سادري
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Apium
Spesies:
A. graveolens
Nama binomial
Apium graveolens

Saderi (Jawi: سدري) atau seladeri (Jawi: سلدري‎ atau سلادري‎; juga seledri Ind.), daun sup atau ranting suri (nama saintifik: Apium graveolens) merupakan sejenis tumbuhan berbunga dari keluarga Apiaceae. Batang dan daun lembutnya dijadikan sayur baik dimasak atau sebagai ulam dengan rasa manis, rangup dan berbau wangi.

Saderi (dalam dialek Kedah) dan seladeri (dalam dialek Johor-Riau dan Betawi) meminjam dari bahasa Belanda kata selderij atau selderie; menyerap dari bahasa Perancis céleri, sebelumnya bahasa Itali seleri sampai ke akar σέλινον sélīnon dalam bahasa Yunani Purba.