Pekan Nabalu
Pekan Nabalu | |
|---|---|
Pekan Nabalu | |
Lokasi Pekan Nabalu dalam Daerah Kota Belud | |
Pekan Nabalu | |
| Koordinat: 6°1′40″N 116°27′47″E / 6.02778°N 116.46306°E | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Sabah |
| Bahagian | Pantai Barat |
| Daerah | Kota Belud |
| Mukim | Pekan Nabalu |
| Pentadbiran | |
| • DUN | Yang Berhormat Datuk Joniston Bangkuai (GRS-PBS) (Kiulu) Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick (PH-UPKO) (Kadamaian) |
| Zon waktu | GMT +08:00 |
| Kawasan Kejiranan | Kundasang,Tamparuli |
| Tamu Mingguan | Khamis |
Pekan Nabalu (en: Nabalu Town) atau lebih dikenali oleh penduduknya sebagai Pekan Ekonomi Nabalu merupakan sebuah pekan kecil yang menjadi tumpuan utama pengunjung untuk melihat Gunung Kinabalu secara menyeluruh. Kepelbagaian kedai makan dan cuaca yang segar serta pemandangan yang menampakan Gunung Kinabalu secara menyeluruh menjadi alasan utama ramai pelancong datang berkunjung ke Pekan Nabalu. Pekan ini berhampiran dengan SK. Dalas, Kota Belud dan menjadi pusat pendidikan utama untuk penduduk di Pekan Nabalu.
Pertanian, Kraf tangan, dan penjualan baju-baju merupakan sumber pendapatan yang utama kepada penduduk di sini. Tidak hairanlah Pekan Nabalu merupakan pusat membeli belah buah-buahan, Kraf tangan dan tempat singgahan yang terkenal di kawasan tersebut sebelum meneruskan perjalanan. Disebabkan itu, pelancongan menjadi sumber pendapatan terpenting bagi penduduk di Pekan Nabalu.