Tamar Jalis
Tamar Jalis | |
|---|---|
| Kelahiran | Mohd Radzi bin Mahmud 13 September 1940 |
| Meninggal dunia | 26 Ogos 2018 (umur 77) |
| Pekerjaan | Penulis |
| Tahun aktif | 1961-2018 |
Karya terkenal | Siri Bercakap Dengan Jin |
Tamar Jalis (lahir Mohd Radzi Mahmud; 13 September 1940–26 Ogos 2018) merupakan seorang penulis dan pengarang Malaysia, terkenal dengan karya bergenre seram. Beliau terkenal dengan Siri Bercakap Dengan Jin(SBDJ). Beliau tidak lagi menulis atau bekerja di syarikat penerbitan. Dahulu beliau ketua pengarang di sebuah syarikat penerbitan majalah popular di Malaysia. Sepanjang kerjayanya, Tamar telah menghasilkan novel dan cerpen dan pernah memiliki syarikat penerbitan sendiri selama dua tahun di Ipoh. Beliau juga menjadi kolumnis untuk akhbar Suara Merdeka dengan siri 'Tepi Jalan' dan di akhbar Watan dengan siri 'Ciri-ciri Hidup'. Beliau aktif dalam Lembaga Pembangunan Sastera Perak (LEPAS) ; Persatuan Wartawan Hiburan (EJA); dan Persatuan Wartawan Melayu.