Kota Damansara

Kota Damansara
Transkripsi Lain-lain
 • Tulisan Jawiكوتا دامنسارا
 • Tulisan Rejangꤰꥋꤳ ꤴꤸꥐꤼꤽ
Pemandangan udara Persiaran Surian menuju ke terminak utara di Seskyen 10 Kota Damansara.
Kota Damansara
Lokasi di Kota Damansara di Selangor
Kota Damansara
Kota Damansara (Malaysia)
Koordinat: 3°11′38″N 101°34′40″E / 3.19389°N 101.57778°E / 3.19389; 101.57778
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahPetaling
MukimSungai Buloh
Kawasan parlimenSungai Buloh
Kawasan negeriKota Damansara
Penubuhan1992
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Bandaraya Petaling Jaya
 • Ahli Dewan Undangan NegeriMuhammad Izuan Ahmad Kasim
 • Ahli ParlimenRamanan Ramakrishnan
Aras
70 m (230 ft)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
47810 Petaling Jaya
Kod kawasan+603
Plat pendaftaran kenderaanB

Kota Damansara (Jawi: كوتا دامنسارا; Rejang: ꤰꥋꤳ ꤴꤸꥐꤼꤽ) ialah sebuah kawasan perbandaran di Lembah Klang, Malaysia. Secara pentadbiran, Kota Damansara merupakan petempatan dalam zon pecahan pentadbiran Mukim Sungai Buloh, iaitu satu daripada empat mukim dalam Daerah Petaling, Selangor. Kota Damansara juga merupakan sebuah bandar dalam selian Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Kota Damansara dikenali sebagai Seksyen PJU 5 (Petaling Jaya Utara 5) dan mempunyai luas sekitar 4,000 ekar (16.2 km2). Ia dipecahkan kepada 13 seksyen.