Lembaga Pembangunan Sastera Perak
Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS) ditubuhkan pada 23 Mac 1951 di Central Malay School, Kuala Kangsar, Perak. Seramai 33 orang penulis, guru-guru dan peniaga dari seluruh negeri Perak hadir. Perjumpaan ini hasil usaha Cikgu Omar Nordin dan rakan-rakan.Jawatankuasa sementara dibentuk :
- Ketua -Khalid Abas bin Adam
- Wakil Ketua -Sariah binti Rashid
- Setiausaha -Mohd Asri bin Haji Muda
- Penolong Setiausaha -Omar Nordin
- Bendahari Cikgu Ghazali bin Duyup
- Jawatankuasa -Haji Abdul Samad Noh, Cikgu Habsah Rajis, Cikgu Raja Azizah binti Raja Lop, Abdullah Sani
- Pemeriksa Kira-kira -Cikgu Hashim Nor, Che Nordin.
Perlembagaan Lepas diluluskan dalam mesyuarat agung LEPAS yang pertama pada 3 Ogos 1951. Pengerusi mesyuarat ialah Raja Kamarulbahrin, Nazir Sekolah-Sekolah Melayu.
Perubahan jawatankuasa :
- Ketua -Khalid Abbas bin Adam
- Wakil Ketua -Hajjah Sakinah binti Djunaid
- Setiausaha -Mohd Asri bin Haji Muda
- Penolong Setiausaha -Omar bin Nordin
- Bendahari - Mohd Daud Yatimy
- Setiausaha Penerangan dan Persuratan -Cikgu A. Aziz bin Sulaiman
- Setiausaha Penerbitan -Haji Fadhil Khalid
- Setiausaha Syarahan dan Perbahasan -Cikgu Ibrahim
- Pemeriksa Kira-kira -Cikgu Hairi, Cikgu Habsah Rajis.
- Penaung : DYMM Raja Perempuan, Raja Taayah.
Pendaftaran ialah no 43 ,Perak. Seramai 3 wakil dan seorang pemerhati dihantar menghadiri Kongres Persuratan Melayu SeMalaya di Sea View Hotel Singapura pada 12-19 April 1952. Mereka ialah Khalid Abbas, Mohd Asri Haji Muda, Haji Fadhil Khalid, Mohd Daud Yatimy sebagai pemerhati.
Setiausaha LEPAS Mohd Asri terpilih menjadi Jawatankuasa Penyiasat mengenai tulisan rumi dan jawi yang digunakan oleh masyarakat dan jabatan-jabatan kerajaan di utara Malaya. Bagaimanapun di Pulau Pinang dan Seberang Perai diserahkan kepada ASAS UTAMA manakala di Kedah dan Perlis kepada Lembaga Pembangun Bahasa Melayu (LPBM).
Cikgu Harun Aminurrashid dan penolongnya ialah Cikgu Mahmud Ahmad, Setiausaha Kamaluddin Mohamad (Keris Mas) dan Penolong Setiausaha Ramli A. Hadi. Cikgu Buyong Adil sebagai Jawatankuasa di Borneo Utara dan Singapura. Cikgu Yusof Harun - selatan Malaya. Abdul Samad Idris - barat Malaya dan Che Ahmad Woojdy - timur Malaya.