Taman Burung Kuala Lumpur
| Taman Burung Kuala Lumpur | |
|---|---|
Logo Taman Burung Kuala Lumpur yang menampilkan burung Enggang sebagai logo rasmi. | |
Pemandangan dari barat menuju ke pusat bandar | |
| 3°08′33″N 101°41′18″E / 3.1424337°N 101.6884661°E | |
| Tarikh dibuka | 15 November 1991 |
| Lokasi | Kuala Lumpur, Malaysia |
| Keluasan tanah | 20.9 ekar (8.5 he) |
| Bil. haiwan | 3,000 |
| Bil. spesies | 200 |
| Pelawat tahunan | 200,000 |
| Tapaksesawang | www.klbirdpark.com |
Taman Burung Kuala Lumpur ialah sebuah taman burung terletak berhampiran dengan Tasik Perdana di Kuala Lumpur negara Malaysia. Ia berukuran 20.9 ekar (8.5 ha). Ia terletak Di sekitar kawasan ini terdapat pelbagai pusat pelancongan lain seperti Taman Rama-Rama, Masjid Negara, Taman Bunga Raya, Balai Peringatan Tun Abdul Razak, Planetarium Negara dan lain-lain.
Taman Burung ini telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali pada 15 November 1991. Ia diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Taman burung ini merupakan sebuah taman sari burung dan taman tropika khas untuk pencinta-pencinta alam. Taman burung ini dikatakan sebuah taman burung yang terbesar di rantau Asia Tenggara dengan merangkumi kawasan lembah menghijau seluas 20.9 ekar.
Buat pertama kalinya di Malaysia, para penggemar burung berpeluang memerhatikan lebih kurang 3,000 ekor burung dari berbagai spesis berterbangan bebas di dalam suasana taman hampir semula jadi. Terdapat burung-burung enggang, bangau, ranggung, nuri, serindit, kuang, kakaktua, punai, merpati, ruak-ruak dan langling, itik-itik dan flamingo serta pelbagai spesies burung yang berasal dari Malaysia dan negara seperti Australia, New Guinea, Thailand, Indonesia, Tanzania, China dan Belanda mendiami taman burung ini.