Burung Serindit

Serindit
سرينديت
Burung Serindit Biasa
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Psittaciformes
Keluarga: Psittaculidae
Subkeluarga: Agapornithinae
Genus: Loriculus
Blyth, 1849
Spesies

Lihat teks

Serindit adalah sejenis burung parrot dari genus Loriculus . Ia adalah merupakan sekumpulan parrot kecil yang berasal dari kawasan tropika selatan Asia. Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar yang terdapat di Tanah Melayu.

Serindit mempunyai saiz sekitar 13 sm (5 in) panjang, kebanyakkan bulunya berwarna hijau dan berekor pendek. Biasanya warna di kepala burung serindit membantu bagi mengenal pasti spesiesnya. Serindit serindit merupakan sejenis burung yang unik kerana keupayaannya untuk tidur dengan kedudukan terbalik (iaitu kepala di bawah).