Columbidae
| Columbidae Julat zaman: Awal Miosen - Kini
| |
|---|---|
| Punai gading | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Haiwan |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Aves |
| Klad: | Columbimorphae |
| Order: | Columbiformes Latham, 1790 |
| Keluarga: | Columbidae Leach, 1820 |
| Subkeluarga | |
|
Lihat teks | |
| Taburan geografi bagi keluarga Columbidae | |
Columbidae adalah satu keluarga burung yang terdiri daripada merpati dan punai dalam order Columbiformes, keluarga ini mempunyai sekitar 42 genus dan 310 spesies termasuk merpati domestik, punai bakau, punai jambu dan punai tanah. Burung-burung dalam keluarga ini berbadan bulat, leher yang pendek, paruh bengkok pendek dan cere berdaging pada beberapa spesies. Makanan mereka terdiri daripada bijiran, buah-buahan dan tumbuhan. Keluarga burung Columbidae boleh ditemui di seluruh dunia tetapi kepelbagaian spesies boleh didapati di ekozon-ekozon Indomalaya dan Australasia.
Burung-burung merpati dan punai dalam keluarga ini membina sarang nipis, sering kali menggunakan ranting kayu atau sampah sarap lain, yang mana terletak di atas pokok, belebas atau tanah bergantung pada spesies. Merpati dan punai betina bertelur sebanyak biji atau dua biji pada satu-satu masa, dan kedua-dua jantan dan betina akan menjaga anak-anak yang menetas sampai tiba masa meninggalkan sarang selepas 7–28 hari. Tidak seperti kebanyakan burung-burung lain, kedua-dua jantina merpati dan punai akan menghasilkan cecair putih seperti "susu" yang dirembeskan daripada lapisan tembolok dan diberi kepada anak-anaknya.