Syura Badron

Syura Badron
شرا بدرون
Kelahiran
Zuraidah binti Badron

(1986-10-06) 6 Oktober 1986
Nama lainSyura Badron
Pekerjaan
Tahun aktif2000–kini
Kerjaya muzik
GenrePop, Rock, R&B, Pop Etnik, Ghazal, Keroncong, Dangdut
Alat muzikSuara
DiskografiLihat: Syura discography (en)
Syarikat rakamanFMC Music
Musica Studio's (Indonesia)
Kegiatan berkaitanSiti Nordiana, M. Daud Kilau

Zuraidah Badron (lahir 6 Oktober 1986) atau Syura merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Dilahirkan di Johor Bahru, Johor, Syura memulakan kerjaya muziknya pada 2000 apabila beliau menandatangani kontrak rakaman bersama Fantasia Music City (FMC) di mana beliau menerbitkan lima album. Pada tahun 2013, Syura merupakan salah seorang daripada 20 peserta MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua di mana beliau meraih gelaran juara. Beliau kembali aktif dalam bidang muzik dengan menjadi salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ke-4 di mana beliau tersingkir di konsert minggu ketujuh.