Syngman Rhee

Syngman Rhee
리승만
Presiden Korea Selatan Pertama
Naib PresidenYi Si-yeong
Kim Seong-su
Ham Tae-young
Chang Myon
Yun Posun
Didahului olehDirinya sendiri sebagai Pengerusi Majlis Negara Kerajaan Sementara Republik Korea
Digantikan olehYun Posun
Perdana MenteriYi Donghwi
Yi Dongnyeong
Sin Gyu-sik
No Baek-rin
Park Eunsik
Didahului olehJawatan dibentuk
Digantikan olehPark Eunsik
TimbalanKim Koo
Didahului olehKim Koo
Digantikan olehDirinya sendiri sebagai Presiden Korea Selatan
Maklumat peribadi
Lahir
Rhee Syngman

18 April 1875
Neungnae-dong, Daegyeong-ri, Masan-myeon, Daerah Pyeongsan, Provinsi Hwanghae, Joseon
(kini Korea Utara)
Meninggal dunia19 Julai 1965(1965-07-19) (usia 90)
Honolulu, Hawaii, A.S.
Tempat semadiTanah Perkuburan Negara Seoul
KewarganegaraanJoseon (1875-1910)
Jajahan Jepun Korea (1910-1945)
Korea Selatan (1945-1965), Amerika Syarikat, Austria
Parti politikParti Liberal
PasanganSeungseon Park (1890~1910)
Francesca Donner (1934~1965)
AnakRhee Bong-su, 이봉수 (1898 - 1908)
Rhee In-soo / Yi In-su, 이인수 (lahir 1 September 1931, anak angkat)
Tempat belajarUniversiti George Washington (B.A.)
Harvard University (M.A.)
Universiti Princeton (Ph.D.)
Tandatangan

Syngman Rhee (Korea: 리승만, disebut: [i.sɯŋ.man]; 18 April 1875 – 19 Julai 1965) ialah seorang negarawan Korea Selatan, satu-satunya Ketua Kerajaan Sementara Republik Korea serta Presiden negara tersebut yang pertama dari 1948 hingga 1960. Jawatannya sebagai Presiden Korea Selatan selama tiga penggal (Ogos 1948 hingga April 1960) begitu dipengaruhi oleh ketegangan yang berlaku di Semenanjung Korea akibat Perang Dingin.

Rhee dianggap berfahaman anti-Komunis dan kapitalis yang kuat, dan beliau mengetuai Korea Selatan sewaktu berlangsungnya Perang Korea. Presiden berakhir dalam pengunduran diri berikutan tunjuk perasaan besar-besaran mengenai suatu pilihanraya yang begitu dipertikaikan. Beliau meninggal dalam pengasingan di Honolulu, Hawaii.