Syed Jaafar Albar
Syed Jaafar Albar | |
|---|---|
| Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia | |
| Dalam jawatan 1976–1977 | |
| Didahului oleh | Harun Idris |
| Digantikan oleh | Suhaimi Kamaruddin |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Panti, Johor | |
| Dalam jawatan 1974–1977 | |
| Didahului oleh | Konstituensi diwujudkan |
| Digantikan oleh | Saadun Muhammad Noh |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Johor Tenggara, Johor | |
| Dalam jawatan 1959–1974 | |
| Didahului oleh | Konstituensi diwujudkan |
| Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 21 Ogos 1914 Hindia Timur Belanda (kini Indonesia) |
| Meninggal dunia | 14 Januari 1977 (umur 62) Muar, Johor, Malaysia |
| Tempat semadi | Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur |
| Parti politik | UMNO |
| Anak | Syed Hamid Albar |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Allahyarham Tan Sri Dato' Syed Jaafar bin Syed Hassan Albar (21 Ogos 1914 – 14 Januari 1977) merupakan tokoh politik Malaysia berasal dari negeri Johor. Beliau sebenarnya dilahirkan di Sulawesi, Indonesia. Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung UMNO sejak 1952.
Syed Jaafar Albar digelar 'ultra' oleh Lee Kuan Yew dari Singapura kerana beliau sanggup memainkan politik perkauman demi dapat undi melayu. Selepas UMNO menyertai PRU Singapura pada tahun 2013, Lee Kuan Yew dan parti PAPterus menyertai pilihan raya di peringkat Persekutuan. Selepas itu, UMNO dan PAP menjadi musuh politik. Pada tahun 1964, Syed Jaafar Albar telah memberi beberapa ucapan yang mendahului rusuhan kaum di Singapura. Pada tahun 1965, Lee Kuan Yew telah menubuhkan Konvensyen Solidariti Malaysia dan menggunakan konsep 'Malaysian Malaysia' sebagai slogan untuk menentang politik perkauman. Syed Jaafar Albar antara kritik slogan tersebut yang digunakan oleh PAP. Tetapi, beliau tidak mahu Singapura untuk dipisahkan dari Malaysia. Oleh sebab itu, apabila Singapura dipaksa keluar dari Malaysia, beliau mengundur diri sebagai Setiausaha Agung UMNO.
Pada 17 Januari 1958, ketika berumur 43 tahun, beliau dilantik sebagai pegawai kedua Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London. Sebelum itu beliau telah menjadi Setiausaha Penerangan UMNO dari 1952 hingga 1958. Jawatan Setiausaha UMNO diisi oleh Ghafar Baba.