Suzhou
Suzhou
苏州市 Soochow | |
|---|---|
Bandar peringkat wilayah | |
Gate to the East di Taman Perindustrian Suzhou Bandar Zhouzhuang Taman Penanaman Bandar Baharu Kereta Api Laju Suzhou Taman Lingering | |
| Negara | China |
| Wilayah | Jiangsu |
| Bahagian peringkat daerah | 11 |
| Ditubuhkan | 514 SM |
| Kerusi pentadbiran | Daerah Gusu |
| Pentadbiran | |
| • Jenis | Bandar peringkat wilayah |
| • Setiausaha Parti | Liu Xiaotao |
| • Datuk Bandar | Wu Qingwen |
| Keluasan | |
| • Bandar peringkat wilayah | 8,488.42 km2 (3,277.40 batu persegi) |
| • Tanah | 5,851 km2 (2,259 batu persegi) |
| • Air | 2,394.50 km2 (924.52 batu persegi) |
| • Bandar | 2,944.4 km2 (1,136.8 batu persegi) |
| • Metro | 12,493 km2 (4,824 batu persegi) |
| Penduduk (Banci 2020) | |
| • Bandar peringkat wilayah | 12,748,252 |
| • Bandar | 6,715,559 |
| Demonim | Penduduk Suzhou |
| KDNK | |
| • Bandar peringkat wilayah | CN¥ 2.672 trilion US$ 372.2 bilion |
| • Per kapita | CN¥ 209,652 US$ 29,205 |
| Zon waktu | UTC+8 (Waktu Piawai Beijing) |
| Kod Pos | 215000 |
| Kod kawasan | 512 |
| Kod ISO 3166 | CN-JS-05 |
| HDI (2015) | 0.868 – sangat tinggi |
| Bunga bandar | Osmanthus |
| Pokok bandar | Pohon Kamper |
| Dialek tempatan | Dialek Suzhou |
| Awalan plat kenderaan | 苏E dan 苏U |
| Laman sesawang | www |
| Suzhou | |||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
"Suzhou" dalam tulisan Cina Ringkas (atas) dan Tradisional (bawah) | |||||||||||||||||||||||||||||||
| Tulisan Cina Ringkas | 苏州 | ||||||||||||||||||||||||||||||
| Tulisan Cina Tradisional | 蘇州 | ||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||
Suzhou merupakan sebuah bandar peringkat wilayah yang terletak di selatan Jiangsu, China. Bandar ini merupakan sebahagian daripada kawasan megalopolis di sekitar Sungai Yangtze.
Ditubuhkan pada tahun 514 SM, Suzhou berkembang pesat semasa Dinasti Han Timur akibat penghijrahan besar dari kawasan utara China. Sejak abad ke-10, Suzhou menjadi pusat ekonomi, budaya dan perdagangan yang penting serta pernah menjadi bandar bukan ibu negara terbesar di dunia sehingga kedudukannya diambil alih oleh Shanghai.
Sejak bermulanya pembaharuan ekonomi pada tahun 1978, Suzhou mencatatkan kadar pertumbuhan KDNK sekitar 14% selama lebih tiga dekad. Menjelang tahun 2023, Suzhou mempunyai 5 juta penduduk berdaftar. Bandar ini turut tersenarai di tangga ke-42 dalam senarai bandar mengikut output saintifik berdasarkan Nature Index 2024.
Suzhou menjadi lokasi kepada beberapa universiti terkemuka serta terkenal dengan tarikan pelancong seperti terusan, jambatan batu, pagoda dan taman-taman klasik. Taman Klasik Suzhou telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1997 dan 2000.