Pagoda

Pagoda (mungkin dari menara Pazhou - Bahasa Cina: 琶洲塔 Pázhōu Tǎ - yang terletak di selatan Guangzhou di Tambatan Whampoa; Bahasa Cina: pinyin: "menara") adalah menara terdiri dari banyak tingkat dipasangkan atap melentik naik dengan saliran yang biasa didapati di kawasan dipengaruhi kuat budayanya terutamanya China, Jepun, Korea dan Vietnam di Asia Timur.

Struktur ini datangnya daripada pengembangan reka bentuk stupa yang wujud dalam tamadun India kuno dan dilazimkan dalam binaan dengan fungsi keagamaan seperti Tokong Tao dan Buddha mahupun wihara, namun ia turut boleh didapati pada binaan lain menerapkan unsur masyarakat dipengaruhi agama ini seperti menara masjid.