Surya Siddhanta

Surya Siddhanta ialah teks astronomi Hindu dalam bahasa Sanskrit. Surya (Dewa Matahari) mengajar ilmu ini kepada Maya (arkitek golongan asura) pada akhir zaman Satya Yuga.

Karya yang wujud pada masa kini dipercayai telah dihasilkan sekitar tahun 400 Masihi. Varahamihira (550 M) menggunakan karya ini dalam Pancasiddhantika. Terdapat tiga ulasan (komentar) terhadapnya, yang ditulis oleh Kamalakara (1616 M), Paramesvara (1360–1455 M) dan Ranganatha (1640 M). Daripada ketiga-tiga ini, ulasan terakhir adalah yang paling terperinci.

Teks yang ada sekarang telah melalui beberapa pembetulan sepanjang abad, dengan yang terakhir berlaku pada tahun 1500 M.

Fungsi trigonometri sinus terdapat dalam karya ini.