Surya

Surya
सूर्य
Matahari, cahaya dan siang
Lukisan Surya
Nama lainAditya, Bhaskara, Divakara, Surya Narayanan, Shiva Surya, Hiranyagarba
GabunganDewa, Navagraha, Adityas, Saguna Brahman (Panchayatana puja)
Tempat tinggalSuryaloka
PlanetMatahari
ManteraOm Surya Devaay namah
HariAhad
TungganganPedati ditarik tujuh ekor kuda
Charioteer: Aruṇa
Maklumat peribadi
Ibu bapa
  • Kashyapa (father)
  • Aditi (mother)
PasanganSaranyu(Sandhya), Chhaya, Ushas, Ratri
ZuriatShraddhadeva Manu, Yama, Yami, Ashwins, Shani, Tapati , Bhadra, Sugriva, Karna Suvarchala and Bhadravathi
Kesetaraan
Kesetaraan YunaniHelios
Kesetaraan RomApollo, Sol
Kesetaraan MesopotamiaUtu

Surya (Sanskrit: सूर्य}, rumi: Sūrya "Matahari") ialah dewa yang mewakili matahari dalam kepercayaan Hinduisme dan satu daripada lima dewa utama dalam mazhab Smarta, namun ia juga didapati dalam penulisan anutan Buddhism dan Jainisme. Dewa ini antara lima dewa utama yang wajib dipercayai dalam anutan Hindu terutamanya untuk mencapai Brahman. Ia dewa agung dalam ajaran Veda.

Dewa ini sering digambarkan cemerlang dan memandu pedati yang ditarik tujuh ekor kuda melambangkan tujuh warna mudah dilihat dan tujuh hari peredaran lengkap dalam seminggu. Ia turut mempunyai chakranya yang tersendiri (Dharmachakra). Sūrya diibaratkan seperti burung yang terbang di langit dan disanjung sebagai permata langit. Dewa Surya dipercayai memberikan cahaya, mencipta siang dan malam, membekalkan tenaga dan kekuatan kepada semua makhluk hidup, menggerakkan mereka, serta menghapuskan kemalasan dan penyakit.

Aspek matahari yang memberi nutrisi dan menyokong kehidupan dipersonifikasikan sebagai Pooshan (Pūṣan). Dia digambarkan sangat tampan dan bersinar. Dengan cakranya, dia menghancurkan kejahatan. Pooshan memandang semua makhluk dengan adil, penuh kemurahan hati, dan sentiasa bersedia untuk melindungi serta menjaga mereka.