Matahari

Matahari
Data pemerhatian
Jarak purata
dari Bumi
1.496×108 km
8 min 19 s pada kelajuan cahaya
Kecerahan visual (V) −26.74
Magnitud mutlak 4.83
Pengelasan spektrum G2V
Metallicity Z = 0.0122
Saiz bersudut 31.6′ – 32.7′
Adjektif suria
Ciri-ciri orbit
Jarak purata
dari pusat Galaksi Bima Sakti
~2.5×1017 km
26000 tahun cahaya
Tempoh masa galaksi (2.25–2.50)×108 a
Halaju ~220 km/s (orbit di sekeliling pusat galaksy)
~20 km/s (relatif kepada purata halaju bintang-bintang lain dalam dalam kelompok bintang)
~370 km/s (relatif kepada sinaran latar belakang gelombang mikro kosmik)
Ciri-ciri fizikal
Diameter purata 1.392×106 km
109 × Bumi
Jejari khatulistiwa 6.955×105 km
109 × Bumi
Lilitan khatulistiwa 4.379×106 km
109 × Bumi
Kepesekan 9×10−6
Luas permukaan 6.0877×1012 km2
11990 × Bumi
Isipadu 1.412×1018 km3
1300000 × Bumi
Jisim 1.9891×1030 kg
333000 × Bumi
Ketumpatan purata 1.408×103 kg/m3
Ketumpatan Tengah (model): 1.622×105 kg/m3
Fotosfera bawah: 2×10−4 kg/m3
Kromosfera bawah: 5×10−6 kg/m3
Korona (purata): 1×10−12 kg/m3
Graviti permukaan khatulistiwa 274.0 m/s2
27.94 g
28 × Bumi
Halaju lepas
(dari permukaan)
617.7 km/s
55 × Bumi
Suhu Pusat (dimodelkan): ~1.57×107 K
Fotosfera (berkesan): 5778 K
Korona: ~5×106 K
Kekilauan (Lsol) 3.846×1026 W
~3.75×1028 lm
~98 lm/W keberkesanan
Keamatan purata (Isol) 2.009×107 W·m−2·sr−1
Ciri-ciri putaran
Kecondongan 7.25°
(pada ekliptik)
67.23°
(pada satah galaksi)
Jarak hamal
kutub Utara
286.13°
19j 4min 30s
Keserongan
kutub Utara
+63.87°
63°52' Utara
Tempoh masa putaran ikut bintang
(di khatulistiwa)
25.05 hari
(di latitud 16°) 25.38 hari
25h 9j 7min 12s
(di kutub) 34.4 hari
Halaju putaran
(di khatulistiwa)
7.189×103 km/j
Kandungan fotosfera (berdasarkan jisim)
Hidrogen 73.46%
Helium 24.85%
Oksigen 0.77%
Karbon 0.29%
Besi 0.16%
Neon 0.12%
Nitrogen 0.09%
Silikon 0.07%
Magnesium 0.05%
Sulfur 0.04%

Matahari, mentari (Jawi: منتاري) atau suria merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata sebanyak 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan lapan buah planet membentuk Sistem Suria. Matahari mempunyai garis pusatnya berukuran 1,391,980 kilometer atau 109 kali ganda Bumi dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C. Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G. Cahaya dari matahari memakan masa 8 minit dan 20 saat untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari menjadi buta.

Matahari merupakan satu bebola plasma hampir sempurna dengan jisim sekitar 2 x 1030 kg atau 330,000 kali jisim bumi. Untuk terus bersinar, matahari yang terdiri daripada gas panas menukarkan unsur hidrogen kepada helium melalui tindak balas lakuran nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 4.6 bilion tahun lalu akibat runtuhan graviti jisim dalam lingkungan sesebuah awan molekul. Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 kali lebih padat berbanding jisim air. Jumlah tenaga matahari yang sampai ke permukaan bumi dikenali sebagai pemalar suria yang menyamai 1.37 kilowatt per meter persegi setiap saat.

Matahari berputar selama 25.04 hari bumi setiap putaran dan mempunyai graviti 27.9 kali lebih kuat daripada graviti bumi. Terdapat julangan gas teramat panas yang boleh menjangkau sehingga sejauh 100,000 kilometer ke angkasa. Marakan matahari ini boleh mengganggu gelombang komunikasi seperti radio, televisyen dan radar di bumi dan mampu merosakkan satelit atau stesen angkasa yang tidak dilindungi. Matahari juga menghasilkan gelombang-gelombang radio, ultraungu, sinar inframerah, sinar-X, dan angin suria yang merebak ke seluruh Sistem Suria.

Bumi dilindungi daripada angin suria oleh medan magnetnya, sementara lapisan ozon pula melindungi bumi daripada sinaran ultraungu dan inframerah. Terdapat tompokan hitam yang wujud dari semasa ke semasa pada matahari yang disebabkan oleh perbezaan suhu di permukaan matahari, tompokan ini menandakan kawasan yang kurang panas berbanding kawasan lain dan mencecah keluasan melebihi saiz bumi. Kadang-kala peredaran bulan mengelilingi bumi menghalang sinaran matahari daripada sampai ke bumi, lantas mengakibatkan kejadian gerhana matahari berlaku.