Sultanah Zanariah

Tunku Puan Zanariah Iskandar
Raja Permaisuri Agong
Pemerintahan26 April 1984 - 25 April 1989
Didahului olehTengku Ampuan Afzan
Diikuti olehTuanku Bainun
Sultanah Johor
Pemerintahan11 Mei 1981 – 22 Januari 2010
Didahului olehSultanah Nora
Diikuti olehRaja Zarith Sofiah
(sebagai Permaisuri Johor)
KeputeraanTengku Zanariah binti Tengku Long Ahmad
(1940-07-05)5 Julai 1940
Istana Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan
Kemangkatan17 Mac 2019(2019-03-17) (umur 78)
Johor Bahru, Johor
Pemakaman18 Mac 2019
Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru
PasanganSultan Iskandar ibni Sultan Ismail
Anakanda
Tunku Mariam Zaharah, Tunku Noraini Fatimah, Tunku Maimunah Ismailiah, Tunku Abdul Majid Idris Ismail Ibrahim, Tunku Muna Najiah, Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahira Iskandariah
AyahandaTengku Long Ahmad bin Tengku Abdul Ghaffar
BondaChe Puan Hajah Fatimah binti Dato' Abdul Hamid

Tunku Puan Zanariah Iskandar (Jawi: تٮكو ڤوان زنرياه إسکندر; lahir Tengku Zanariah binti Tengku Long Ahmad; 5 Julai 1940 – 17 Mac 2019) dahulunya dikenali sebagai Sultanah Zanariah merupakan suri kedua kepada Sultan Johor era moden ke-4, Sultan Iskandar daripada perkahwinan mereka pada tahun 1961 sehingga kemangkatan suami baginda pada tahun 2010. Baginda berasal daripada keluarga DiRaja Kelantan. Baginda merupakan puteri kepada Tengku Panglima Raja Tengku Long Ahmad bin Tengku Temenggong Tengku Long Abdul Ghaffar Ibni Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah). Ayahanda baginda, Tengku Panglima Raja Tengku Long Ahmad adalah individu yang memahkotakan dua orang Al-Sultan Kelantan. Baginda pernah berkhidmat sebagai Raja Permaisuri Agong antara tahun 1984 dan 1989.