Raja Zarith Sofiah

Raja Zarith Sofiah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor
Raja Permaisuri Agong ke-17
Tempoh31 Januari 2024 - kini
Pertabalan20 Julai 2024
Didahului olehTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Permaisuri Johor
Tempoh23 Januari 2010 - kini
Kemahkotaan23 Mac 2015
Didahului olehSultanah Zanariah (sebagai Sultanah)
Isteri Tunku Mahkota Johor
pelantikan22 September 1982 – 23 Januari 2010
Didahului olehTengku Zanariah
Diikuti olehChe’ Puan Mahkota Khaleeda Johor
Canselor
Universiti Teknologi Malaysia
pelantikan1 Jun 2010 - kini
Didahului olehSultanah Zanariah
KeputeraanRaja Zarith Sofiah binti Raja Idris Shah
(1959-08-14) 14 Ogos 1959
PasanganSultan Ibrahim (k. 1982)
AnakandaTunku Mahkota Ismail,
Tunku Tun Aminah
Tunku Idris Iskandar
Tunku Abdul Jalil (m. 5 Disember 2015)
Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri
Tunku Abu Bakar
Nama penuh
Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah
Nama diraja
Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah
KerabatKesultanan Siak-Perak (melalui kelahiran)
Temenggong (melalui perkahwinan)
AyahandaSultan Idris Shah II
BondaRaja Perempuan Muzwin
AgamaIslam Sunni

Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah (Jawi: راج زاريث صوفيا بنتي المرحوم سلطان إدريس شاه; diputerakan pada (1959-08-14)14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak) merupakan Raja Permaisuri Agong ke-17 dan Permaisuri Johor.

Baginda adalah isteri kepada Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Sultan Johor era moden yang ke-5. Baginda juga adalah puteri kepada Sultan Perak ke-33, Sultan Hajji Sir Idris al-Mutawwakil Alallahi Shah ibni Sultan Hajji Sir Alang Iskandar Shah II Kaddasullah dan Raja Perempuan Perak, Raja Perempuan Muzwin binti Raja Ariff Shah.