Sultan Zainal Rashid Al-Mu'adzam Shah I

Sultan Zainal Rashid
Mu'adzam Shah I
Paduka Seri Sultan
Sultan Kedah ke-23
Pemerintahan1843 - 1854
Kemahkotaan-
Didahului olehSultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II
Diikuti olehSultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah
Keputeraan1 Mac 1803
Kemangkatan13 Mac 1854 (umur 51)
PemakamanMakam Diraja Langgar, Alor Setar, Kedah
PasanganWan Maheran binti Wan Muhammad Sadiq
Anakanda
Nama selepas mangkat
Marhum Kota Setar III
KerabatMahawangsa
Kesultanan Kedah
AyahandaSultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni Sultan Abdullah Mukarram Shah
BondaChe Alraseh

Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I ibni Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ialah Sultan Kedah yang ke-23 yang bertakhta antara 1843 sehingga 1854.

Baginda berkahwin dengan Wan Maheran dan dianugerahkan dengan beberapa anak, termasuk penggantinya Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah.

Pada 1851, seorang Inggeris bernama J.R. Logan telah berlayar ke Kedah dan beliau bertemu dengan Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah di Bukit Pinang. Beliau bersimpati terhadap nasib Sultan dan keadaan negeri Kedah yang sudah mengalami peperangan pada 1821 hingga 1842 dan perbuatan yang dilakukan oleh pihak Siam dan Inggeris telah mendatangkan dukacita yang amat sangat pada baginda. Catatan J.R. Logan ini dimuatkan dalam "Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia" jilid 5 tahun 1851.