Tunku Dhiauddin ibn Sultan Zainal Rashid I
Tengku Kudin | |
|---|---|
Almarhum Tunku Dhiauddin ibni Almarhum Sultan Zainal Rashid al-Mu'azzam Shah I | |
Tunku Dhiauddin | |
| Kelahiran | 1835 |
| Meninggal dunia | 25 Mei 1909 (berumur 74 tahun) |
| Pejabat | Raja Muda Kedah dan Wizurai Selangor |
| Pasangan | Raja Arfah II binti Sultan Abdul Samad |
| Bapa | Sultan Zainal Rashid Al-Mu'adzam Shah I (Sultan Kedah ke-23) |
| Tandatangan | |
Tunku Dhiauddin ibn Sultan Zainal Rashid I (1835 - 25 Mei 1909) atau lebih dikenali sebagai Tengku Kudin (Jawi: تڠكو كودين) ialah seorang putera Kesultanan Kedah. Baginda dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1835.
Baginda dikatakan terpengaruh dengan cara hidup Eropah dan mendapat pendidikan separuh Eropah. Nenda baginda ialah Sultan Ahmad Tajuddin II dan kekanda baginda ialah Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah.
Baginda pernah dilantik sebagai Raja Muda Kedah semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin III tetapi telah dilucutkan jawatan kerana terlibat dengan Perang Saudara Selangor.
Baginda dilantik oleh Sultan Abdul Samad sebagai Wizurai (Wakil Yamtuan) kerajaan Selangor pada 26 Jun 1868 selepas baginda mengahwini Puteri Sultan Abdul Samad iaitu Tengku Arfah.