Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah

Sultan Ahmad Tajuddin
Mukarram Shah
Paduka Sri Sultan
Sultan Kedah ke-24
Pemerintahan1854–1879
Didahului olehSultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I
Diikuti olehSultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II
Raja MudaTunku Dhiauddin (1859-1873)
Tunku Yaakob (1873-1880)
Perdana Menteri (Kedah) (sejak 1870)Wan Muhammad Saman bin Wan Ismail (1870-1898)
Keputeraan1832 (1832)
George Town, Pulau Pinang, Syarikat Hindia Timur Inggeris
Kemangkatan22 Jun 1879 (umur 46/47)
Alor Setar, Kota Setar, Kedah
Pemakaman Makam Diraja Langgar
Pasangan
  • Wan Jah binti Luang Nik Abidin
  • Wan Hajar binti Wan Ismail
Anakanda
Nama diraja
-
Nama selepas mangkat
Marhum
KerabatMahawangsa
Kesultanan Kedah
AyahandaSultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I
BondaWan Maheran binti Wan Muhammad Sadiq
AgamaIslam Sunni

Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah ibni Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I (1832 – 22 Jun 1879) ialah Sultan Kedah ke-24 yang memerintah dari tahun 1854 sehingga 1879.

Baginda ialah putera Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I dengan Wan Maheran. Baginda berkahwin dengan Wan Tan binti Luang Nik Abidin, dan Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II ialah putera baginda yang ditabalkan menjadi penggantinya.

Pada masa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin ini, telah dibina Balai Nobat baharu yang terdiri daripada sebuah bangunan lima tingkat. Bangunan itu sepenuhnya dibina daripada kayu dengan atap zink.

Pada tahun 1878, baginda telah jatuh gering. Baginda meluangkan masa beberapa bulan di Bukit Pinang untuk menyembuhkan diri sebelum berangkat pulang ke Alor Setar pada Mac 1879. Baginda menjalankan tugasnya sebagai sultan sebelum akhirnya mangkat pada 22 Jun 1879.