Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin I

Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin I
محمد جيوا زين العابدين معظم شاه I
Sultan Kedah
Pemerintahan1473–1506
Didahului olehSultan Ataullah Muhammad Shah I
Diikuti olehSultan Mahmud Shah II
Kemangkatan15 Jun 1506
Istana Kota Siputeh
PemakamanMakam Diraja Kota Siputeh
PasanganTunku Mariam
AnakandaSultan Mahmud Shah II
Tunku Kutam
KerabatMahawangsa
Kesultanan Kedah
AyahandaSultan Ataullah Muhammad Shah I
BondaChe' Puan Paduka Bonda
AgamaIslam

Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin I (mangkat 1506) merupakan Sultan Kedah ke-9. Baginda merupakan putera kepada Sultan Atau'llah Muhammad Shah I dan Che Puan Paduka Bonda. Pada 15 Januari 1473, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-9 dan bersemayam di Kota Siputeh.

Baginda telah bermuafakat dengan jemaah menterinya untuk mengangkat Tengku Uthman sebagai Raja Temenggung bergelar Tengku Paduka Maharaja Temenggung Anggota Desa.

Pada 5 Jun 1506, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Langgar Kota Seputeh.