Sultan Mahmud Shah II, Kedah

Almarhum Sultan Mahmud Shah II
محمود شاه ٢
Sultan Kedah Darul Aman
Pemerintahan1506–1547
Didahului olehSultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin I
Diikuti olehSultan Mudzaffar Shah II, Kedah
Kemangkatan15 Januari 1547
Istana Baginda, Kota Siputeh
PemakamanMakam Diraja Kota Siputeh
PasanganChe' Larasari
AnakandaSultan Mudzaffar Shah II, Kedah
Tunku Nur Aishah
KerabatMahawangsa
Kesultanan Kedah
AyahandaSultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin I
BondaTunku Mariam
AgamaIslam

Almarhum Sultan Mahmud Shah II adalah Sultan Kedah ke-10. Baginda merupakan putera kepada Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin I Mu'azzam Shah dan Tunku Mariam. Pada 5 Jun 1506, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-10 dan bersemayam di Kota Siputeh.

Baginda telah bermuafakat dengan jemaah menteri untuk mengangkat Raja Temenggung Uthman sebagai Raja Bendahara Kedah manakala Tunku Muhammad Saad sebagai Raja Temenggung. Baginda amat mengambil tahu tentang luar negeri.

Baginda telah memperkenalkan sukatan dan matawang untuk kegunaan perdagangan negeri Kedah. Maka sukatan yang dinamakan kepul, kal, cupak dan gantang dan matawang yang diberi nama tera itu diperkenalkan.

Pada 5 Januari 1547, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Langgar Kota Seputeh.