Sultan Ataullah Muhammad Shah I
| Almarhum Sultan Ataullah Muhammad Shah I عطاء الله محمد شاه I | |
|---|---|
| Sultan Kedah | |
| Pemerintahan | 1423–1473 |
| Didahului oleh | Sultan Sulaiman Shah |
| Diikuti oleh | Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin I |
| Kemangkatan | 22 Januari 1473 Kota Seputih, Kedah |
| Pemakaman | Makam Diraja Kota Seputih |
| Pasangan | Che' Puan Paduka Bonda Tengku Permaisuri |
| Anakanda | Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin I Tunku Usman Tunku Putri Tunku Pok |
| Kerabat | Mahawangsa Kesultanan Kedah |
| Ayahanda | Sultan Sulaiman Shah |
| Agama | Islam |
Almarhum Sultan Ataullah Muhammad Shah I (mangkat 1473) ialah Sultan Kedah yang ke-8. Baginda merupakan putera kepada Sultan Sulaiman Shah I. Pada 24 Julai 1423, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah kelapan dan bersemayam di Kota Siputeh.
Baginda telah bermuafakat dengan jemaah menterinya untuk mengangkat Tunku Mansur sebagai Raja Muda Kedah bagi menggantikan Tunku Ahmad yang mangkat di Kota Sungai Emas. Baginda telah bermuafakat bersama jemaah menterinya untuk mengorek suatu sungai dari Sungai Jerlun ke Alor Janggus, dari Alor Janggus ke Kubang Rotan dan berhubung dengan Sungai Mati. Kuala Sungai Mati pula tembus ke sungai besar Kuala Kedah untuk membuka kawasan bendang. Selang 5 tahun, dikorek pula sungai dari Gunung Keriang sampai ke Sungai Besar Cegar, Anak Bukit juga untuk kegunaan bendang.
Pada 15 Januari 1473, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Langgar Kota Seputeh