Sultan Mahmud Shah II dari Johor
| Sultan Mahmud Shah II | |
|---|---|
| Sultan Johor-Pahang | |
| Pemerintahan | 16 Februari 1685 – 3 September 1699 |
| Didahului oleh | Sultan Ibrahim Shah |
| Diikuti oleh | Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV |
| Keputeraan | Raja Mahmud ibni Sultan Ibrahim Shah 1675 |
| Kemangkatan | 3 September 1699 Kota Tinggi, Johor |
| Pemakaman | 3 September 1699 Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Kampung Makam, Kota Tinggi, Johor |
| Pasangan | 1. Tun Engku Inche Ayu binti Bendahara Tun Abdul Jamal 2. Inche Apung |
| Anakanda | Dipercayai Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kechil) |
| Wangsa | Wangsa Melaka-Johor |
| Ayahanda | Sultan Ibrahim Shah |
| Bonda | Marhum Bakal binti Tun Muhammad Ali |
| Agama | Sunni Islam |
Sultan Mahmud Shah II ibni Sultan Ibrahim Shah (1675 – 3 September 1699) ialah Sultan Johor ke-9 dan Sultan Pahang ke-16 dari tahun 1685 hingga tahun 1699.
Baginda merupakan Sultan Johor terakhir daripada Wangsa Melaka-Johor. Namun, sekiranya dakwaan Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah, atau lebih dikenali sebagai Raja Kechil, bahawa baginda merupakan waris Sultan Mahmud Shah II adalah benar, maka Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah merupakan Sultan Johor terakhir daripada Wangsa Melaka-Johor.
Baginda juga terkenal dengan gelaran "Sultan Mahmud Mangkat Dijulang" kerana baginda dibunuh oleh Megat Seri Rama dalam keadaan baginda sedang diusung di atas tandu semasa baginda dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat.