Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah

Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah
Sultan Johor-Pahang
Pemerintahan21 Mac 1718  – 4 Oktober 1722
Didahului olehSultan Abdul Jalil Riayat Shah IV
Diikuti olehSultan Sulaiman Badrul Alam Shah
Sultan Siak Sri Inderapura
Pemerintahan1722 - 1746
Didahului olehTiada (Kesultanan Siak Sri Inderapura ditubuhkan pada tahun 1722)
Diikuti olehSultan Mahmud Abdul Jalil Shah
KeputeraanRaja Kechil
1699
Kota Tinggi, Johor
Kemangkatan1746
Siak
Pemakaman1746
Buantan, Siak
PasanganTengku Kamariah binti Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV
AnakandaSultan Mahmud Abdul Jalil Shah
WangsaWangsa Melaka-Johor
AyahandaDipercayai Sultan Mahmud Shah II
BondaInche Apung
AgamaSunni Islam

Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (1699 – 1746) atau lebih dikenali sebagai Raja Kechil ialah Sultan Johor ke-11 dan Sultan Pahang ke-18 dari tahun 1718 hingga tahun 1722. Selepas baginda kalah dalam peperangan melawan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada tahun 1722, baginda berpindah ke Siak dan menubuhkan Kesultanan Siak Sri Inderapura lalu menjadi Sultan Siak Sri Inderapura pertama dari tahun 1722 hingga tahun 1746.