Sultan Ismail ibni Sultan Muhammad IV
| Sultan Ismail | |
|---|---|
| Sultan Ismail | |
| Pemerintahan | 23 Disember 1920 - 20 Jun 1944 |
| Pendahulu | Sultan Muhammad IV |
| Pengganti | Sultan Ibrahim |
| Raja Muda | Tengku Ibrahim |
| Pasangan | (first) at Kota Bharu, 13th March 1910 (d. 1915), Tengku Petri binti Tengku Long, Tengku Ampuan, second daughter of Tengku Long bin Tengku Ngah [Long Besut], Tengku Sri Indra Segara Besut, in Trengganu, by his first wife, Tengku Embong binti Sultan Muhammad, third daughter of Sultan Muhammad III ibni Sultan Ahmad. (second) at Istana Balai Besar, Kota Bharu, 4 December 1915, Tengku Nik binti Tengku Kaya Pahlawan, younger daughter of Tengku Chik, Tengku Kaya Pahlawan, by his wife, Tengku Besar Maimuna binti Sultan Ahmad, of Tanang Munah, daughter of Sultan Ahmad ibni Sultan Muhammad. (third) Wan Mek, from Bukit Marak. (fourth) Tengku Sri Meriam binti Tengku Ahmad [Ku Enda] (bur. Royal Cemetery, Kampung Langgar), daughter of Tengku Ahmad, by his wife, a daughter of Sultan Ahmad Ibni Sultan Muhammad |
| Anakanda | |
| Tengku Petri Kisman Ja’ajan | |
| Nama penuh | |
| Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV | |
| Tempat persemayaman | Istana Jahar, Kota Bharu, Kelantan |
| Ayahanda | Sultan Muhammad IV ibni al-Marhum Sultan Muhammad III |
| Bonda | Sultanah Zainab binti Nik Muhammad Amin |
| Keputeraan | 21 Jun 1888 Kota Bharu, Kelantan, Tanah Melayu British |
| Kemangkatan | 20 Jun 1944 (umur 63) Istana Jahar, Kota Bharu, Kelantan, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu Britain dan Borneo Utara, Brunei dan Sarawak Britain |
| Dimakamkan | 21 Jun 1944 Makam Diraja Langgar, Kota Bharu, Kelantan, Malaya Britain |
| Agama | Islam |
Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV ialah Sultan Kelantan yang telah dimahkotakan pada tahun 1920 dengan gelaran Sultan Ismail berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Muhammad IV. Bondanya ialah Sultanah Wan Zainab binti Wan Muhammad Amin. Sebelum menjadi Sultan Kelantan, baginda tidak menjadi Raja Muda Kelantan kerana baginda masih muda dan ayahanda saudaranya Tengku Long Zainal Abidin memegang jawatan tersebut. Jawatan Raja Muda Kelantan sangat penting pada zaman tersebut kerana jawatan ini ibarat Raja Kedua yang mana sistem ini ditiru dari Dinasti Chakri (Siam), iaitu adinda raja yang memerintah ditabal sebagai Raja Muda. Sebaliknya, ayahandanya iaitu Sultan Muhammad IV menganugerahi gelaran Tengku Sri Indera kepadanya pada 11 Mac 1901. Baginda memerintah Kelantan dari tahun 1920 sehingga baginda mangkat pada tahun 1944 akibat penyakit tuberculosis dan digantikan oleh adindanya Tengku Ibrahim. Pada tahun 1915, Tengku Ismail yang pada ketika itu bergelar Tengku Sri Indera Mahkota telah berkahwin dengan Tengku Nik Tengku Kaya Pahlawan
Sultan Ismail telah dimahkotakan menjadi Sultan Kelantan pada 25 Januari 1921 dan baginda adalah Sultan Kelantan yang pertama daripada dinasti Po Rome menjalani istiadat pertabalan sejak Sultan Long Bahar, merampas takhta Kelantan daripada kekanda iparnya Raja Kecil Sulung Sultan Minden Rashid daripada Dinasti Jembal. Tujuannya ialah untuk menyempurnakan lagi kedaulatan dan kebesaran takhta kerajaan Kelantan Darulnaim.
Sepanjang zaman pemerintahan Baginda Sultan Ismail negeri Kelantan Darul Naim terus berkembang maju dalam berbagai-bagai bidang terutama sebelum pendudukan Jepun di negeri Kelantan pada tahun 1941. Di dalam zaman pendudukan Jepun ekonomi menjadi meleset menyebabkan pembangunan tidak dapat dilaksanakan dengan sewajarnya.