Long Bahar

Long Bahar
Paduka Seri Al-Sultan, Raja Dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Kelantan Ke 12
Raja Kelantan
PemerintahanJun 1721 - Oktober 1733
Kemahkotaan1 December 1721
Didahului olehSultan Umar
Diikuti olehLong Sulaiman
KeputeraanLong Bahar bin Wan Daim
1688
Tumpat, Kelantan
Kemangkatan1733
Pemakaman- Perkuburan lama Di'raja Kelantan, Langgar Buruk,Sebelah Hilir Lorong Gajah Mati, Kota Bharu
- Dipindahkan pada 2018 ke Perkuburan Langgar Surau Lundang, Mukim Lundang, Kota Bharu.
Isteri
Anakanda1.Sultan Long Sulaiman II - (Sultan Kelantan) 2.Sultan Long Yunnus I - (Sultan Pattani)
Nama penuh
Long Baha bin Wan Daim bin Wan Nik bin Daeng Ali
Nama diraja
Raja Tuan Besar Long Baha Ibni Almarhum Datu Pengkalan Tua Wan Daim bin Wan Nik bin Daeng Ali
Nama selepas mangkat
Marhum Datuk Kelantan
KerabatD'Raja Bugis Pattani Long Bahar (Pengasas)
AyahandaDatu Pengkalan Tua Wan Daim bin Wan Nik bin Daeng Ali
AgamaIslam

Long Bahar (Jawi: لوڠ بهار; sebagai Raja Tuan Besar Long Baha Ibni Almarhum Datu Pengkalan Tua Wan Daim Ibni Wan Nik Ibrahim (Po Ibrahim) Ibni Nik Mustafa (Po Rome) Ibni Wan Abul Muzaffar Waliyullah   ialah pemerintah kerajaan Kelantan yang berpusat di Kota Jembal (Kedai Lalat) dari 1721 hingga 1733.

Baginda merampas pemerintahan negeri Kelantan daripada dinasti Jembal dan memulakan pemerintahan dinasti Po Rome. Dinasti Po Rome kekal memerintah Kelantan sehingga ke hari ini.

Po Rome atau Nik Mustafa merupakan raja Kerajaan Campa, yang memerintah dari 1627 sehinggalah baginda mangkat pada tahun 1651 berpusat di Panduranga. Anakanda baginda Wan Nik Ibrahim dan cucunda baginda Wan Daim juga merupakan raja Champa.

Long Bahar merupakan datuk kepada Long Yunus Bin Long Sulaiman. Baginda juga merupakan bapa saudara kepada Long Gaffar Bin Long Nik Bin Datu Pengkalan Tua Wan Daim Bin Wan Nik Ibrahim Bin Nik Mustafa (Po Rome).

Long Gaffar dan Long Yunus kemudiannya menjadi pemerintah Kelantan Timur dan Kelantan Barat. Keturunan bapa sepupu dan anak sepupu ini kemudiannya mencetuskan perang saudara yang dahsyat dan berpanjangan di Kelantan. Kemenangan berpihak kepada keturunan Long Yunus yang meneruskan legasi dinasti Po Rome sehingga ke hari ini.