Sultan Alauddin Sulaiman Shah
| Sultan Ala'iddin Suleiman Shah | |
|---|---|
| Sultan Selangor VI | |
| Pemerintahan | 17 Februari 1898 - 31 Mac 1938 |
| Pendahulu | Sultan Sir Abdul Samad Shah |
| Pengganti | Sultan Hisamuddin Alam Shah |
| Pasangan | Tunku Maharum binti Tengku Ziauddin |
| Anakanda | |
| Tengku Musauddin Shah Tengku Alam Shah Tengku Permaisuri Zahara, Tengku Permaisuri Langkat Tengku Ampuan Hajah Raihani, Tengku Ampuan Brunei | |
| Nama penuh | |
| Sultan Sir Ala'iddin Suleiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Raja Haji Musa | |
| Ayahanda | Raja Muda Raja Haji Musa ibni Almarhum Sultan Sir Abdul Samad |
| Bonda | Raja Buntal Raimah binti Almarhum Raja Barkat |
| Keputeraan | 11 September 1863 Kuala Selangor, Selangor, Malaya British |
| Kemangkatan | 31 Mac 1938 (umur 72) Istana Mahkota Negara, Klang, Selangor, Malaya British |
| Dimakamkan | Makam Diraja Klang, Klang, Selangor, Malaya British |
| Agama | Islam |
Sultan Alauddin Suleiman Shah ibni Raja Muda Musa I merupakan Sultan yang memerintah negeri Selangor, Malaysia pada tahun 1898 hingga 1938.
Baginda adalah putera kepada Raja Muda Selangor Raja Haji Musa dan dilahirkan pada tahun 1866 di Kuala Selangor. Semasa mudanya, baginda pernah belajar di Raffles School, Singapura dan Raja School di Kuala Lumpur. Baginda telah dilantik menjadi Raja Muda pada tahun 1887 bagi mengisi kekosongan jawatan setelah kemangkatan ayahanda baginda pada tahun 1884.