Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah
| Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah I | |||||
|---|---|---|---|---|---|
Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah I | |||||
| Sultan Selangor Darul Ehsan ke-7 Seluruh Jajahan Takluknya | |||||
| Pemerintahan | 15 Januari 1942 - 14 September 1945 | ||||
| Didahului oleh | Sultan Hisamuddin Alam Shah | ||||
| Diikuti oleh | Sultan Hisamuddin Alam Shah | ||||
| Keputeraan | 9 Disember 1893 Istana Bandar Termasha, Kampung Bandar, Kuala Langat, Selangor, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Malaya British | ||||
| Kemangkatan | 8 November 1955 (umur 61) Kuala Lumpur, Malaya | ||||
| Pemakaman | 9 November 1955 Makam Diraja Klang, Klang, Selangor | ||||
| Pasangan | Tengku Permaisuri Syarifah Mastura binti Tengku Suri Tun Syed Ahmad Shahabuddin | ||||
| |||||
| Kerabat | Diraja Bugis Luwu Opu Daeng Chelak | ||||
| Ayahanda | Sultan Alauddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa | ||||
| Bonda | Tunku Ampuan Maharum binti Raja Muda Tunku Hajji Sir Dziauddin III | ||||
| Agama | Islam | ||||
Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah I ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah I ibni Almarhum Raja Muda Musa Ghiatuddin Riayat Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Samad I ibni Almarhum Raja Bendahara Abdullah ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah I ibni Almarhum Sultan Salahuddin Shah I ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak, (Jawi: سلطان موسى غياث الدين رعايت شاه ا ابن المرحوم سلطان علاء الدين سليمان شاه ا) ialah Sultan Selangor, yang dilantik ketika pendudukan Jepun di Malaysia.
Baginda merupakan anakanda sulung kepada Sultan Alauddin Sulaiman Shah ibni Raja Muda Musa I (1898-1938) dengan permaisuri Tengku Ampuan Maharum binti Raja Muda Dziauddin III dari Kedah, baginda dilahirkan pada tahun 1893 di Jugra, Selangor. Nama baginda ketika diputerakan adalah Tengku Musa Eddin.